Followers

Wednesday, August 31, 2011

alamakk ! sudah lambat .

assalamualaikum ! happy eid semua . sorry lambat wish . besalah balek kampung . tak jumpa punca internet . hehe .datang rumah makngah baru jumpa puncanya . apalagi , terus buka blog aku nie . hehe . nia aku nak cita siket pasal experience pegi shopping  raya . tak patut betul la . diorang ingat aku salesgirl ka ? macikk tu senang ja mintak size baju anak dea kat aku . tua sangat ka muka aku ? haha . papa hal pown tak kesah la / asaltak nampak macam neneknenek cukop la . bak kata kawan aku matured la siket . haha . bye bye . nak makn ketupat .nak tao ak ? duit raye aku sekarang da LIMA PULOH sen .

Tuesday, August 23, 2011

6 days to go .!

hello everyone . haha . poyoo gila . raya raya raya ! apala aku nie asyik raya ja . exam tak mau ingat ka ? result trial pown terkontang-kanting . haha . tapi aku gila tak sabaq nak raya . mesti gempak punya la raya taon nie . kasut pown tiga inci . hehe . act , aku tak tao nak tulis pa . just amek kesempatran online kat library smksb ! haha . merapunya ! sudahsudah . sebelom lebih dalam aku merapu . aku nak cakap sorry kat sapa yang baca entry ni . aq memang berniat nak susahkan korang . huhu . bye !

Friday, August 19, 2011

raya ! raya ! raya !

salam syawal ! (walaupun belum lagi ) semangat gila nie . haha . tapi kawan aku lagi semangat . siap letak lagu raya kat blog .farah haji saleh , ang memang sangat bersemangat . haha . tapi kan cikgu aku cakap taon nie tak payah raya . dea suroh qodho tahon depan . tak patot betol . exam , exam la . raya , raya la . am i right , form three students ? haha , tapi tu semua untuk kebaikan kita bersama . kalau difikirkan betul gak cekgu aku cakap . tak payah nak raya sangat , trial pown terkontang-kanting . haha . kalao camtu jom puasa pown qodho taon depan ja . haha . eh , eh . jangan ikowt saranan tu taw . terpesong ! cakap pasal puasa , penoh ka puasa tu ? aq insyaAllah penuh lagi . hehe . jangan raya tapi tak puasa . tak bagos yaa anak-anak . haha ,. macam ustazah la plak . oke , dikesempatan ini , aku nak ucapkan selamat habiskan puasa lagi SEPULOH hari dan selamat menyambut aidilfitri . hehe . jemput datang rumah . (kalau ada kat rumah la ) bye . wassalam 

p/s : tekan nama farah haji saleh untuk dengar lagu raya .




Tuesday, August 16, 2011

info ! info ! info !


BERPUASA Ramadhan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat(perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa) dan boleh memudaratkan .

Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

·  Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.

·  Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.

·  Mengulangi makanan sepanjang malam.

·  Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

·  Tidur selepas kenyang makan.
 

Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu.

Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!

Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.

Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

·  Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.

·  Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.

·  Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.

Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman ‘mata hati’ mereka kerana puasa yang mencapai matlamatnya.


Read more: http://foren-6.blogspot.com/2011/08/tazkirah-ramadhan-puasa-dan-kesihatan.html#ixzz1VB17ZaBf

Friday, August 12, 2011

pengalaman !

hello Malaysia !
 semua ada pengalaman . aku pown ada . tapi pengalaman aku ni macam lawak siked . malu pown ada . pengalaman drive thru . haha . mungkin dengaq macam ketinggalan zaman .
hari tu , aq pegi macD dengan family aku . tapi ktaorang malas nak masok . so , abah aku cakap kita drive thru je la . aq pown excited la coz dah lama tak buat benda cam tu . abah aku masok dan stop kereta tepi kotak yang bercakap tu la . then dea suroh aq yang order . aq pown buka la tingkap tapi tetiba ja tingkap tu jam(tak boleyh buka) . aku panic gila . so , tanpa berfikir panjang aku buka pintu la . pastu aku pown tunggu la . ingat ada orang nak mai amek order . sebab dulu cakap dengan orang , bukan cakap dengan mesin . tetiba keluaq satu suara dari kotak tu . terkejut mak ! haha . abah aku suroh aku order kat situ . aku pown dengan selambanya order la . ingat tak dak yang nampak aku cakap dengan benda tu . yang menyedihkan mesin tu tak dengaq ku cakap pa . aku kena ulang 2 kali la . haiyoo . letih ! habis order , kereta aku pown bergerak ke counter mengambil makanan . haha . rupanya suara mesin tu suara orang yang ada kat situ . kat mesin tu da cctv la . malu siot . mesti kakak tu gelakkan akuy . OMO ! OMO !


P/S : ingat lah bahawa dunia telah mengalami kemajuan ! haha .

tu dea ! jumpa pown .

hello Malaysia ! hahahahahaha ! selama ni aku ingat blog sudah tidak boleyh dibuka . ternyata hasil berkat usaha aku , jumpa pown sesuatu yang boleyh membuka blog ni . kawan aku yang sorang tu asyek ja suroh aq update blog . hari ni , bersaksikan bulan dan bintang , cicak dan lipas , kerusi dan meja , aq telah update blog yang telah sekian lama disimpan di dalam kotak . haha . bye . nanti aq conteng lagi yaa .

Wednesday, June 1, 2011

katak ouh katak !

assalamualaikum !! 
lama siott aq x update blog aku . mesti takdak yang baca blog aku lagi . haha . tapi apa aq kesah . janji tak kacaw orang . tak kutuk orang . katak ?? pa yang best pasai katak ? bagos sangat kah katak nie ? bagos tak bagos pown katak nie , dia dah kasi aq jadi trauma . from now on , aq tak kan biarkan zip beg aq terbuka . haha .

ampa semua mesti tertanya-tanya pa kena-mengena aq dengan katak , kan ? pada satu pagi khamis yang hening , terdapat seekor katak yang sangat comel telah memasuki beg aq yang sangat vouge tu . haha . tak pasal ja kelas math aq tergendala sebentar . naseb cegu tu x lompat . kalaw tak , huh tak sanggup aq nak bayang weh . haha . dah ar cegu disiplin . maw gelak satu kelas . tapi ann , x sangka budak kelas aq yg bernama tuuttt , takot katak . haha . cegu suruh dea buang , tapi dea diam sambil buat dono ja . haha . penakot ?!!!

oke arr . aq pown dahj sampai tahap nak merapu dah nie . cioww dulu . 


p/s : thanks yaw DAN sebab buang katak tu . tapi aq sayang katak tu . kotkot la putera katak . rugi aq x    cium dea . haha .

Thursday, April 28, 2011

UPDATING !

assalamualaikum !! 
pergh , lama gila tak update . bukan tak nak update , tetapi malaih nak update . hehe . semua kawan suruh aq update . tapi aq tak tao nak conteng pa . haa . hari nie aq update jugak walaopown tak tao pa yang aq tulis nie . hehe , korang layan je laa . aq tengah merapu nie . btw , sesapa yang tao lagu kat blog aku , boleh post kat kotak jerit tue . aq dah lupa tajok lagu tue . hahaha . NYANYOK ! .bye .



Friday, March 18, 2011

tamat sudah ?

assalamualaikum .
cuti dah habeh ? sempoii . aq tak siap apa pon lagi . maksud aku folio aku . cikgu miskiyah , sorry cikgu . saya memang berniat tak mau buat folio tu cikgu . hehe . tapi apakan daya , saya tetap kena buat juga . 

macam mana nak siap folio tu kalau cuti ni aku just duduk kat rumah 4 hari ja . tu la anis , asyik jalan ja hari-hari . kan dah tak siap semua kerja .macam mana ni ? dah la kek untuk parti baju tidoq tu pon dah hancus . huhu . sedih gila . okela . mungkin ni last entry untuk lagi dua minggu . bye . 



p/s : sorry ya kak bie dan kak anis , malam nie mungkin anis tak boleyh nak bawak makanan . huhu .

kerja gila !

assalamualaikum . 
aku nak cerita kat ampa semua pasal satu kerja yang aku buat masa cuti ni . pergh , kerja ni memang gila . tapi tak sampai tahap membunuh , merompak . kerja ni dijalankan bersama seorang rakan aku . dia memang ada otak gila macam aku . kami buat kerja  ni dekat facebook . haha , kesian mangsa kami . ampa nak tahu kami buat apa . kami gunakan nama yang sama , profile picture yang sama . ramai yang terkeliru . tapi kami buat ni sebab nak kenakan seseorang , tapi orang tu tak terkena orang lain pulak yang terkena . haha . sorry ya kawan-kawan aku yang terkena . hehe . kami tidak bermaksud . ampa nak taw dengan sapa aku buat kerja gila ni ? ini dia orangnya .

-
-
-
-

hijau ka dia ? 
incredible amirah ! haha .




p/s : weyh kawan nanti kita buat projek gila laen plak taw !

Thursday, March 17, 2011

terjah !

assalamualaikum . lately ni aku dah jarang post entry kat blog aku . mana nak sempat kalau aku sendiri pon tak sempat nak melekat kat rumah . penat gila cuti ni . aku pi kem band , pi shopping . p MPKK . ni yang aku nak cita pasai pi mpkk nie . 
 kami pi dekat 16 orang .AKU , WA , YUSRA , UMIRAH , NINA , AFIQAH , PAAH , LIANA , ZU , NISA , KIKI , MAIZAN , BURN , BEAN , AINA dan lagi dua orang yang aku tak ingat nama . hehe , sorry ya babe . banyak betul rintangan yang dihadapi semasa on the way nak p mpkk tu . kami kena redah padang pasir , jalan yang bengkang bengkok , gunung ganang . penat wokk . tapi tak pa demi markah , aku rela tempuh semua dugaan . haha . touching pulak .   

lepas pi mpkk , kami semua sepakat nak pi landmark atau lebih dikenali sebagai giant . besala , bak kata pepatah , sepakat membawa berkat . haha . kami pon pi la kat stesyen bas . kami amek teksi . 7 ringgit kowd nak pi giant . tapi kan , aku tak bayar pon . nak tau kenapa ? sebab asyraf belanja aku . terimas asyraf .!

sampai kat giant , kami pon terus serbu food court . perut semua berbunyi . haha . lepas makan kami pergi menunaikan kewajipan sebagai seorang muslimah . lepas solat , semua dok kat toilet . semua make-up . haha . biasala perempuan . dah jadi lumrah kalau perempuan bersolek . lepas keluar toilet , bowling menjadi sasaran kami . afiqah belanja kami main bowling . best kowd . mulamula aku tak main . tengok depa semua main aku jadi tak betul terus . aku pon pa lagi , pi kaunter la . aku cakap kat kak tu 2 game , lane 15 . aq tarik paah la main bowling ngan aku . kesian dia . 

lepas habis 2 game , aku nak sambung lagi 4 game , tibatiba , mak aku call tanya bila nak balik . aku cakap la tak nak balik . haha , tak pasal kena sound . aku pon takut la , aku cakap okela mak amek sekarang la . kan dah tak boleh nak main . huhuhu , sedih ! so aku pon kena say good bya la kat kawan aku semua . bye kawan ! setakat ni saja . bye readers . *tu pon kalau ada yang baca la . hehe .

p/s : weyh kawan , ampa memang best la wei . nanti kita hangout lagi . tapi ampa sponsor aku . hehe .

Monday, March 14, 2011

13 march !

assalamualaikum . 13 march tu hari apa ? hari aq kahwin la . eh , taktak . hari tu birthday aku . aku tau mesti ampa semua nak wish kat aku kan . tapi tak wish pon tak pa . bagi hadiah cukop . haha . aku lawak ja . tapi nak bagi pon tak pa . aku terima . hehe .
nak tau tak ? hari birthday tu aku ada kem band . mesti ampa rasa tak seronok . tapi aku suka . depa tiup lagu happy birthday kat aku . best sangat . terimas ya budak band semua . tapi kat facebook lain pulak ceritanya , semua ingat hari tu birthday amirah . nak tau kenapa ? sebab aku letak nama sama dengan amirah . hehe . kesian kat ampa semua . semua kena BANG ngan aku . hahahaha . okela , ada banyak kerja menunggu . bye .
  
p/s : terimas ya kat semua yang wish kat aku . aku menghargai . 


Sunday, February 6, 2011

10 hari !

assalamualaikum . sudah tamat . it's over . habeh dah cuti-cuti Malaysia . balek balek balek . tapi kenapa macam baru sepuluh jam cuti . sekejap gila . lepas nie nak balek asrama dah . lagi dua minggu baqu balek . hadoi . tak sabaq arr . nanti pegy skola mesti berderet yang tunggu aq . nak taw sapa yang tunggu aq ? ada 2 . satu , keja skola yang sangat banyak . dua , cikgu yang tak suka tengok aq senang . mesti ada ja keja yang nak kasi aq . tapi tak pa la cikgu , anis rela . nak belajaq punya pasai ann ? ouke la . tak taw dah aq nak conteng pa . nak siap nak balek asrama . bye bye .


p/s : teruskan follow aq .


Wednesday, February 2, 2011

MENGUTUK ATAU DIKUTUK ?

assalamualaikum kepada peminat setia aq ! hahahahaha . perasaan , hang mana ada peminat . huh , tak kesah . berbalek kepada topik asal , mengutuk atau dikutuk . statistik sekarang ini menunjukkan sebanyak 12345 orang telah terjebak dengan wabak penyakit ini . tiputiputipu . haha . sapa suqoh percaya . mengutuk ? entry kali nie buka aq nak mengutuk orang . aq cuma nak mengingati segala kesalahan aq yang telah mengutuk orang .sebenaqnya yang aq dok kutok tu bukan nama kutok . lahirkan ketidakpuasan hati ja . hehe . mungkin aq kutok ampa di luaq sedaq aq . haha .  
  
dikutok ? mungkin aq dikutok oleh segelintir masyarakat yang tidak menyukai diri aq . tapi aq tak kesah . yang aq kesahkan kenapa yang takdak kena mengena ngan aq pown boley p kutok aq ? ini menjadi satu kemusykilan kat aq . haha . tapi lantak la . tak heran . sebenaqnya nie bukan la tujuan aq tulis entry nie . sempena hari raya nie , aq sebenaqnya nak mintak maaf kat semua yang aq kutok dan mengutok aq . harap dimaafkan la ya . hehe .

p/s : ampa mesti pelik hari raya apa ? hari raya cina . HAPPY CHINESE NEW YEAR ! 
 











wajah baru ! ! !

assalamualaikum . fuhhyOo . dah lama aq tak menjenguk blog aku nie . lepas tu mai dengan wajah baru pulak dah . wajah sapa yang baru ? of course bukan muka aq . tak kan la aq nak cucuk botox kowd . haha . sebenaqnya blog aku nie dah direnovate menjadi rupa yang baru .

first time kowd aq ada header . gambaq domokun pulak tu . aq pown tak taw sejak bila aq meminati domokun nie . mungkin aq terminat dengan beg domokun kak zaf kowd . beg itu sangat comel ! ampa nak taw mai mana idea nak menukar rupa blog aku ? ianya muncul di kepala otak aq apabila ada seorang makhluk tuhan paling baek nie menawarkan khidmatnya di malam hari yang hening . aiseyh ayat . nie semua sebab makhluk tu tunjuk kat aq blog kelab prs . i like that blog . aq pown dengan berkuasanya mengarahkan makhluk tu tukaq rupa blog aku . setelah blog aku disuntik BOTOX oleh makhluk tersebut . blog aku pown menjadi comel sehingga dipuji oleh kawan aq nurhanani . sebenaqnya ang dah kena tipu nani . bukan aq yang buwad . haha . 

ampa semua mesti nak taw sapa yang buwad blog aku jadi sampai macam ini . makhluk tersebut adalah SITI NUR FARAH BINTI MOHAMMAD SALEH .  aq suka blog baru aq . eh silap , rupa blog aq yang baru . hehe . credit to farah .

p/s : ampa lawati la blog prs . pembimbingrakansebayasmksb.blogspot.com . pastu ampa focus kat nama pengerusi . haha .

Friday, January 14, 2011

datang kembali !

woot , woot . akhirnya aku datang kembali setelah 2 minggu aq balek asrama . maknanya dah 2 minngu aq ta update blog nie . hee , bestnya balek umah . home sweet home . perghh , bes gila kowd skola pagi . yang ta bes kena bangun awal . memang payah arr nak bangun awal . huish , paling lambat setakat nie aq bangun koi 5.45 PAGI . okela tu kan . ta la lambat sangat . tapi kalaw bagi budak asrama cam aq nie considered lambat la . walawei , banyak gila pangai budak fom 1 yang aq dah observe . da yang kaki bodek , manja , pemalas . yang manja ngan pemalas tu boley diterima gak arr . tapi yang KAKI BODEK tu memang aq ta dapat terima . antara ayatayat bodek mereka , suka dok asrama bab kaka kat sini suma sporting , kenapa kaka suma comey ? semua kaka  nie comey la . erkk ?  pa semua  nie ? ta suka la . cuba ikhlas ciket . cakap ja pa yang ampa rasa . tapi ann da gak yang terlebey ikhlas sampai considerad mengutuk . tu kira lebey la adek fom 1 oii . kot ya pown jaga siket aty owang . respect arr senior ampa . satu lagi , kalaw senior da minta tolong tu jangan arr menolak . kesian kat depa . hadoi . dah ta larat la nak bebel kat cini . sory yaa pembaca yang ta suka entry aq nie . bukan nak bebel kat kaw . hee . daa .                                                                                                                                        
p/s : sory yaa adekadek aq . kaka kamoo ini just nak lahirkan ketidakpuasan . hee . jangan marah yaa !